PAKEJ PERCUTIAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PINANG.
(RM395)
Pulau Pinang adalah negeri di barat laut Malaysia yang terdiri daripada tanah besar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Di pulau itu, terdapat beberapa tempat bersejarah yang kita boleh lawati. Melalui tempat-tempat bersejarah itu kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah dan masa silam pulau ini. Banyak tempat yang kita boleh luangkan masa bersama keluarga yang tersayang. Di sinilah tempat yang sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga menambahkan kasih sayang antara keluarga.
HOTEL THE BAYVIEW BEACH RESORT
PENANG STREET ART
BATU FERINGGI
GURNEY DRIVE
COLONIAL PENANG MUSEUM
PENANG BIRD PARK
TAMAN NEGARA
Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di tempat-tempat menarik di atas. Antara aktiviti tersebut boleh rujuk di bawah.
Senarai aktiviti:
Bukit Bendera :-
∆ Naik keretapi
∆ Melihat keindahan bandaraya Pulau Pinang
Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera anda akan berjumpa dengan 10 biji teropong yang berwarna-warni.
∆ Bergambar di Little Village HillAktiviti di sini diikuti oleh jurugambar yang boleh mengambil gambar anda dengan cantik dan menarik.
∆ Bersantai-santai dataran Bukit Bendera
Terdapat astaka yang boleh disinggah untuk berehat dan makan.
∆ Melawati Owl Museum
Owl Museum juga dikenali sebagai muzium burung
∆ Menaiki kereta buggy
Harga bagi perkhidmatan sebuah buggy ini sepanjang pergi dan balik hanya RM30 dan boleh memuat sehingga 4-5 orang. Jarak perjalanan pergi dan balik ialah 4KM.
Penang Street Art:-
∆ Menyewa beca
Harga untuk menyewa beca ini sebanyak RM35 mengikut destinasi yang hendak dituju. Beca ini diiringi dengan radio.
∆ Bergambar bersama keluarga
Terdapat pelbagai lukisan 3D di dinding yang boleh dijadikan kenangan untuk bergambar.
Batu Feringgi :-
∆ Sukan air
Waktu operasi sukan air ini bermula pada jam 7 pagi sehingga 7 malam bergantung pada keadaan cuaca.
∆ Menaiki payung terjun
Bagi yang gayat untuk mencuba secara solo, anda boleh mencuba secara tandem dengan operator yang terlatih.
∆ Bermain pasir
Anda boleh mencipta istana pasir bersama anak-anak.
∆ Membeli di gerai
Gerai ini beroperasi setiap hari sehingga waktu malam pada jam 12 tengah malam.
Gurney Drive:-
∆ Makan di kedai makan
Di sepanjang jalan Gurney Drive terdapat banyak kedai makan iaitu kedai makan halal dan tidak halal.
∆ Membeli-belah di Gurney Plaza
Gurney Plaza beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Colonial Penang Museum
∆ Menambahkan ilmu pengetahuan
Di setiap barang antik tersebut terdapat nota mengenai sejarah silam barang antik tersebut.
Penang Bird Park
∆ Memberi burung makan
Mempunyai lebih 300 spesis burung di Malaysia di seluruh dunia dan lebih 3000 ekor burung berterbangan bebas dan disangkarkan.
∆ Bersiar-siar bersama keluarga
Taman Burung ini seluas 5 ekar dan yang tertua di Malaysia sejak tahun 1988.
Taman Negara
∆ Perkhemahan
Di sini terdapat kemudahan bilik mandi, tandas dan surau untuk beribadah.
∆ Memerhati hidupan liar
Spesis yang boleh ditemui ialah Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Harimau dan beberapa spesis burung iaitu
Helang Siput, Murai Batu, Punai Tanah dan sebagainya.
∆ Mendaki bukit
Sumber air adalah takungan air hujan.
HARI
|
LAWATAN
|
MAKANAN
|
HARI 1
|
1.Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ambil Bas Rapid Penang dan pergi ke Terminal Sungai Nibong. Dari sana naik teksi ke Hotel The Bayview Beach Resort. Daftar masuk dan berehat.
2.Destinasi pertama ialah ke Penang Street Art.
3.Kembali ke hotel dan berehat.
|
Makan petang:
*Pasembur
*Ais kacang
*Air teh 3 layer
Makan malam:
*Tandoori
*Sup daging kambing dan roti benggali
*Air kopi O
|
HARI 2
|
1.Seterusnya, destinasi kedua ialah ke Bukit Bendera.
2.Destinasi ketiga pula ialah ke Batu Feringgi.
3.Destinasi berikutnya di Gurney Drive atau juga dikenali sebagai The New Esplanade.
4.Kembali ke hotel dan berehat.
|
Makan pagi:
*Roti canai
*Capati
*Air coklat panas
Makan petang:
*Nasi kandar ayam merah
*Milo ais
Makan malam:
*Kek pisang
*Roti berinti krim
*Air teh Tarik
|
HARI 3
|
1.Destinasi kelima ialah di Colonial Penang Museum yang terdapat di Pulau Tikus.
2.Destinasi keenam pula ialah Penang Bird Park. Ianya terletak di sekitar Seberang Jaya.
3.Destinasi terakhir adalah di Taman Negara. Ianya terletak di Teluk Bahang.
4.Kembali ke hotel dan berehat.
|
Makan pagi:
*Roti jala
*Nasi lemak
*Air susu
Makan petang:
*Maggi goreng
*Air karot susu
Makan malam:
*BBQ
*Sepotong kek coklat
*Jus epal
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan